Friday, December 9, 2011

Terokai buruj dari pc anda...

Anda hendak menerokai buruj dari pc atau laptop anda. Anda boleh download program ini, dan anda boleh melihat buruj secara terus dari pc anda.. Untuk download program Stellarium, klik disini.. atau di sini... Bagi guru guru Sains, anda boleh gunkan program ini untuk mengajar tajuk buruj ini seperti yang saya gunakan..
Screenshot program Stellarium


Laman SKTHO

Kenali sekolah saya... klik disini... Laman ini saya telah bangunkan 2 tahun yang lalu. Jika ada sebarang maklumbalas yang dapat membantu saya meningkatkan mutu laman ini, e-mailkan ke erlimyati@gmail.com atau muslim@skthokl.edu.my.

Monday, September 19, 2011

Buruj???

Apa itu buruj?
Waktu malam kadangkala kita hanya dapat melihat bulan dan bintang.
Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda.
Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak).
Terdapat banyak jenis buruj, antaranya Belantik (Orion), Pari (Southern Cross), Biduk (Big Dipper)  dan (Scorpion)
Matahari ialah bintang yang paling hampir dengan bumi. Bintang yang paling panas akan berwarna biru dan yang sejuk berwarna merah. Bintang ialah objek semulajadi di angkasa lepas yang membebaskan tenaga haba dan cahaya.