Monday, September 19, 2011

Buruj???

Apa itu buruj?
Waktu malam kadangkala kita hanya dapat melihat bulan dan bintang.
Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda.
Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak).
Terdapat banyak jenis buruj, antaranya Belantik (Orion), Pari (Southern Cross), Biduk (Big Dipper)  dan (Scorpion)
Matahari ialah bintang yang paling hampir dengan bumi. Bintang yang paling panas akan berwarna biru dan yang sejuk berwarna merah. Bintang ialah objek semulajadi di angkasa lepas yang membebaskan tenaga haba dan cahaya.